Wednesday, September 22, 2010

TEMAN

Teman....
Malam demi malam berlalu pergi
Hari demi hari silih berganti
Tahun demi tahun bertukar ganti,
Yang rahsia tetap tersembunyi,
Teman
Usah lah merasa gundah di hati,
Usahlah merasa terhimpit di jiwa,
Walaupun sekelumit hempedu,
Walaupun panjang sejengkal,
Kerana hidup ini pasti akan berubah,
Teman,
Biar pun badai datang melanda,
Biarpun gelora menusuk kalbu,
Yang pasti…
Maha esa akan menciptakan,
Sesuatu kehidupan bahagia,
Buat insan yang ikhlas dan sabar. 


EMOAZ