Friday, October 8, 2010

SELAMAT HARI LAHIR

Buat suamiku...( 07/10/2010) :

Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.

Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah  kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.

Buat suami tercinta,
Sempena di hari lahirmu doa ku kutujukan khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupan mu sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur mu, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.

Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan kita, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku , agar aku mampu membuat kau sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.

Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu menemani perjalanan hidupku....

"SELAMAT HARI LAHIR"

by Atirah Skezo Mindfreak on Thursday, October 7, 2010

Thursday, October 7, 2010

SALAM AIDILFITRI

salam rinduku dari kejauhan,
Tak mampu ku menafikan,
Sakitnya kala merinduimu,
Tak mampu ku menghindari,
Wajahmu membenam mindaku,
Tak mampu ku menolak,
Dirimu yang ku kasihi.
Tapi apakan daya diri ini.
Ku hanya insan biasa.
Yang tak punya apa- apa,
Hanya Ada sekeping hati.
Senoktah lembaran aidilfitri,
Buatmu yang ku rindui..