Thursday, September 2, 2010

TIKA

Tika aku sendirian
Tika rindu menyapaku
Tika gelisah menyisir diriku

Kau nafas yang ku hela cinta

Kau jiwa dan inspirasi ku kasih
Demi Tuhan kau ku cintai

Aku rindu sentuhan mu

Aku perlu bicara mu
Aku dahagakan belaian kasih mu
Andai engkau tahu isi hati
Peritnya cinta yang suci
Oh kasih ku aku cinta kamu

Lafaz kata mu terindah kata

Kau ilham segala asmara dewa
Hati luka yang ku relai

Aku rindu sentuhan mu

Aku perlu bicara mu
Aku dahagakan belaian kasih mu
Andai engkau tahu isi hati
Peritnya cinta yang suci
Oh kasih ku aku cinta kamu 


by Mym Nazryn on Wednesday, December 9, 2009

Saturday, August 14, 2010

HITAM PUTIH DUNIAKU



Add caption
DUNIA INI PENUH DENGAN ONAK DAN DURI.SEBAGAIMANA KITA HIDUP ITU LAH YANG SENTIASA KITA HADAPI.BAGI KU IKHLAS DALAM SEMUA PERBUATAN ADALAH YANG TERBAIK. SEMUANYA KERANA ALLAH.




SALAM SEJAHTERA BUAT TEMAN-TEMAN SEKALIAN

Friday, July 23, 2010

CINTA YANG AGUNG

CINTA yang AGUNG
Adalah ketika kamu menitikkan airmata
Dan masih peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu
Dan kamu MASIH menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
Dan kamu masih bisa tersenyum sembari
Lalu berkata "Aku turut berbahagia untukmu"
Apabila cinta tidak berhasil,
Bebaskan dirimu..
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
Dan terbang ke alam bebas lagi indah..
Teman..Ingatlah..
Bahwa kamu mungkin menemukan cinta
Dan akan kehilangannya..
Tapi.. ketika cinta itu mati..
Kamu tidak perlu mati bersamanya..
Orang terkuat bukan mereka yang selalu menang..
Melainkan mereka ...............
Yang tetap tegar ketika mereka terjatuh..

Friday, July 16, 2010

JiKa KaU X bAnGuN eSoK HaRi.......

JiKa KaU X bAnGuN eSoK HaRi.......

by Az Lin Ina Eina on Wednesday, July 14, 2010 
 
Jika ku tak bangun esok pagi
sayang ku kau jagalah diri
sentiasa ingatkan hati
dirimu amat ku cintai
andainya dihimpit kesusahan
sujud dan mohon pada tuhan
agar diberikan bimbingan
meniti hidup bersendirian
bila terasa sejuk pejamkan mata
bayangkan dalam dakapanku
bila terasa rindu pejamkan mata
kita bersua dalam lena
kalau ada yang sudi mengganti
sayang lepaskanlah ku pergi
kerna sayang seistimewamu
berhak tuk dicinta dalam hidup
sayang…tiada apa yang kekal dalam dunia ini
namun yang pasti walaupun ku tiada nanti
cintaku akan kekal abadi
bila terasa sejuk pejamkan mata
bayangkan dalam dakapanku
bila terasa rindu pejamkan mata
kita bersua dalam lena
ku berharap kau tak akan lupa
mengirimkan bekalan doa
kita jumpa lagi di sana nanti
jika ku tak bangun esok pagi.

Tuesday, July 6, 2010

pesanan buat anakku Muhammad Azfar Hafiz

Bumi ini bertuah anakku. Lihatlah, Allah kurniakan air untuk kehidupan. Mengikut kajian ahli sains, 70% dari permukaan bumi ini adalah air, cantuman hidrogen dan oksigen (H2O).
Anakku, Allah ciptakan air ini bukan sekadar untuk penghilang dahaga, membasahkan tubuh atau mencuci pakaian, malah air adalah punca segala hidupan, seperti firman -Nya, "Kami jadikan dari air segala sesuatu hidup". - Al-Anbiya:21.
Anakku, lihatlah sekeliling kita, baik pokok, manusia mahupun haiwan, segalanya takkan hidup tanpa air. Malah manusia juga adalah hidupan yang berasal dari setitis air, sebelum berubah menjadi seketul darah, daging dan menjadi jasad bernyawa.
Bersyukurlah anakku! Di bumi juga Allah kurniakan kita dengan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan ini mengeluarkan oksigen yang dihirup oleh manusia dan haiwan. Manakala manusia dan haiwan pula menghembuskan karbon dioksida agar tumbuhan dapat hidup dan berbuah. Begitulah harmoninya kehidupan yang Allah aturkan di bimi ini. Semuanya saling bekerjasama dan memerlukan.
Bersyukurlah anakku! Di bumi juga Allah ciptakan haiwan untuk menjadi makanan dan sahabat manusia, serta pelengkap kepada sebuah ekosistem semula jadi yang sangat unik.
Anakku, dari haiwan kita dapat belajar untuk meneruskan kesinambungan hidup. Dari lalat pula anakku, kita belajar supaya menjadi berani, dari gagak kita belajar supaya mempunyai hati yang putih walaupun dipandang hina.
Dari virus yang membawa penyakit, Allah mengajar kita supaya sentiasa menjaga kebersihan dan mencari ilmu, manakala gunung-ganang itu Allah ciptakan agar manusia dapat memerhati bumi ini dari tempat yang tinggi untk melihat keagungan-Nya.
Anakku, dari awan Allah turunkan hujan (air) manakala dari angin yang diciptakan, manusia berasa nyaman. Dari kawanan haiwan Allah mengajar kita supaya bersatu dan bekerjasama, manakala hidupan laut pula kita jadikan makanan dan ubatan.
Bersyukurlah anakku, semua hidupan di bumi ini saling memerlukan, hidup dalam satu ekosistem yang teratur dan harmoni. Hinggakan, tindakan sesuatu makhluk memakan atau memusnahkan makhluk yang lain juga Allah jadikan supaya keberadaan makhluk-makhluk itu sentiasa seimbang, tidak berlebihan dan tidak berkurangan.
Lebih penting lagi anakku, di bumi ini Allah bekalkan kita dengan udara. Tanpa udara, akan matilah semua hidupan di muka bumi ini. Udara serta angin inilah yang membawa awan, lalu bercantum dan menurunkan air (hujan) untuk menghidupkan segala hidupan tadi.
Bersyukurlah anakku. Apabila memandang ke langit, kita melihat matahari. Malam, kita melihat bulan. Kedua-duanya menjadi teman kepada bumi. Planet bumi, matahari dan bulan ini dijadikan pada kedudukan yang tepat. Semuanya bergerak pada orbit yang tidak pernah berganjak. Anakku, seandainya bumi menjauh sedikit demi sedikit dari matahari, maka akan bekulah laut. Jika menghampiri matahari, maka akan terbakarlah ia.
Bersyukurlah anakku! Bumi ini Allah lengkapkan dengan segala-galanya. Begitulah hebatnya bumi ini, wahai anakku. Jagalah bumi sebaik-baiknya.


by Atirah Skezo Mindfreak on Monday, July 5, 2010

Sunday, April 25, 2010

SAHABAT

tegur aku jika aku mulai sombong...
tegur aku jika aku mulai angkuh...
tegur aku jika aku mulai salah...
kerana aku masih sngt perlu sahabat seperti kalian
HARI INI, ESOK DAN SELAMANYA................


by Lina Razak on Saturday, April 24, 2010

Tuesday, January 19, 2010

di sana di sini

aku di sini
kau pun di sini
kau di sana
aku di sini juga
kau ke mana-mana
aku tetap di sini
janganlah kau ke sana
sebab aku di sini
tetapi aku ingin ke sana
tak boleh?sebab aku di sini?
apa aku peduli?aku suka di sini
biarlah kau di sana
di sana gelap
di sini terang
di sana aku mati
di sini aku hidup
apa di sana?apa di sini?
siapa di sana?siapa di sini?
aku?engkau?
kita sama-sama di sini
di sini di mana?
di sini lah,mana lagi
di depan komputerlah!!!


by Atirah Skezo Mindfreak on Monday, January 18, 2010