Wednesday, November 10, 2010

DEMI SEBUAH PENGHARAPAN

Demi sebuah pengharapan

Teman…..

Pandanglah segalanya kehadapan ,
Demi sebuah satu pengharapan,
Usahlah hidup di alam mimpi yang lalu,
Di bawah bayang-bayang kesedihan,
Yang mencengkam hati dan jiwa,
Bangun lah dari alam fantasi,
Jangan lah pengorbanan lalu berulang,
Yang hanya akan mengalirkan kembali,
Airmata yang amat berharga,
Teman…..
Membuka lembaran masa lalu,
Tak ubah seperti marakan api ,
Yang akan membinasa membakar diri,
Membuatkan hati bertambah pedih,
Kita tidak perlu melihat masa lalu,
Memalingkan wajah kebelakang,
Kerana angin akan terus berhembus kedepan,
Air akan mengalir menuju ke detinasi,
Teman …..
Dengan demikianlah…
Tiada lagi kesedihan…
Tiada lagi kedukaan..
Tiada lagi kegagalan..
Kerana semua itu tidak akan berulang ,
Redha apa yang terjadi…………..
Kerana itulah ketentuan yang maha esa…

Sir emoaz

No comments:

Post a Comment